Monday, August 10, 2015

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Johor 2015 Online (e-NCR)

Assalamualaikum..
Post ni khas untuk B2B perempuan yang berasal dari Johor dan nak menikah di Johor, manakala pasangannya G2B lelaki berasal dari Selangor ye. Semuanya berdasarkan pengalaman Cik Az sendiri dan mungkin lain orang lain pengalamannya.

Sepatutnya Cik Az nak share prosedur dari sebelah lelaki dulu sebab sebelum perempuan hantar borang ke pejabat agama, dokumen lelaki kena settlekan dulu ye. Tapi website NCR JAIS tak boleh nak bukak dari minggu lepas so tak dapat la Cik Az nak tunjukkan secara details. Nasib baik la tunang Cik Az dah settlekan dokumen dia dari minggu sebelum tu. Heuheu ~ Websitenya boleh klik di sini.

STEP 1: Pergi ke website e-NCR Johor di sini. Daftar sebagai pengguna. Seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah dah boleh start daftar tau.
Lepas dah daftar tu, korang boleh la call pejabat agama daerah masing-masing untuk aktifkan akaun korang ye. Jangan risau, nombor telefon ada dibagi sekali. Dalam 5 minit macam tu diorang akan aktifkan.

STEP 2: Lepas dah aktif, boleh la login semula masukkan ID dan password.

STEP 3: Kemaskini maklumat peribadi dan wali (sebelah kiri atas sekali).
Dah lengkap isi semua boleh la klik pada 'KEMASKINI' di sebelah kanan atas.

STEP 4: Lengkapkan maklumat permohonan nikah (klik pada Nikah - Permohonan Kebenaran Nikah Perempuan).
Yang bulatan merah tu semua korang perlu lengkapkan. Kolum 'WAKALAH WALI' tu boleh la korang ignore je kalau yang jadi wali ialah bapa kandung sendiri.
In case kalau kes korang macam Cik Az (lelaki bukan orang Johor), so bahagian 'NO. PENDAFTARAN ENCR' kat bulatan merah tu boleh ignore je ye. Jangan jadi macam Cik Az yang beriye suruh tunang cepat-cepat settlekan dokumen dia supaya Cik Az boleh masukkan no. rujukan kat sini. Tapi rupa-rupanya tak payah pun. =_=

Kemudian, boleh klik 'HANTAR PERMOHONAN' kat belah kanan atas tu. Dah klik hantar baru la akan keluar bahagian 'DOKUMEN' kat kolum akhir sekali dalam bulatan merah tu.

STEP 5: Semak status permohonan (klik kat bahagian 'NIKAH' macam STEP 4 tadi).
Untuk status permohonan tu, kalau belum hantar borang ke pejabat agama statusnya ialah 'SEMAKAN DAERAH'. Tapi yang gambar kat atas ni sebab Cik Az dah hantar borang kat pejabat agama so statusnya dah tukar kepada 'KEBENARAN PENDAFTAR NCR DAERAH'. Korang boleh terus klik pada 'NO. RUJUKAN' yang warna biru belah kiri tu untuk step seterusnya iaitu print.

STEP 6: Cetak dokumen.
Bulatan merah tu dokumen yang wajib korang cetak kalau kahwin dengan orang Malaysia dan menggunakan wali nasab. Mudahnya sekarang ni ialah BORANG HIV TEST pun dah boleh cetak online! Kalau dulu last tahun 2013 kakak Cik Az kahwin, borang ni kena amik sendiri kat pejabat agama okeh. So sekarang dah boleh cetak sendiri tak payah berulang nak ke pejabat tu bukannya dekat atau ada masa sangat kan!

STEP 7: Senarai semak dokumen.
Sebelum nak hantar borang ke pejabat agama tu, sila la semak betul-betul kat sini sama ada dah complete atau tak semua yang Cik Az tandakan warna merah kat atas ni. Untuk no. 7 surat akuan bujang tu, walaupun Cik Az bekerja tapi Cik Az mintak kat Ketua Kampung je sebab rumah beliau sejengkal je jauhnya. Hihiii.. Kalau mintak kat majikan nanti dia banyak tanya sangat. :p

STEP 8: Hantar dokumen ke pejabat agama daerah (dalam masa sebulan selepas hantar permohonan nikah online, kalau tak nanti automatik dikira batal).

Make sure korang susun dokumen ikut senarai semak kat atas tu la supaya tak pening staff yang nak uruskan tu. Jangan lupa jugak dokumen no. 15 tu kalau tak ada nanti tak boleh kahwin! Haha.. Extra notes, paling lewat boleh hantar dokumen ni ialah 2 minggu sebelum majlis nikah.

STEP 9: Temuduga kahwin (orang Johor jeee yang kena nii).
Part yang ni Cik Az rasa boleh skip kot. Bukan apa, maybe rezeki Cik Az haritu sebab tak ada sesi temuduga kahwin pun. Aiippp!! Mana ada guna cable.. Ada sorang sister yang datang sebelum Cik Az pun sama tak payah temuduga tau. Yang excitednya dia siap jerit "YESSSS!!" bergegar satu ofis tu. Hihiii.. Malas nak tanya banyak kenapa tak ada temuduga. :p

Tapi persediaan tetap Cik Az buat tau. Boleh la korang buat revision sikit perkara berkaitan fardhu ain. Tak susah mana pun, yang Cik Az tengok kat borang temuduga tu ada 5 perkara yang dievaluate waktu temuduga. Korang boleh klik di sini untuk download dokumen fardhu ain ni format PDF.

STEP 10: Bayaran RM25 (takde GST rasanya). Lepas bayar, staff explain untuk SMS kat imam yang bakal nikahkan tu nama, tarikh, masa dan tempat pernikahan nanti. Kira nak notify imam tu la.. Sijil nikah yang belum diisi pulak staff tu akan serahkan pada imam tu. Nanti hari pernikahan la baru imam tu akan bagi kedua pengantin untuk diisi.

STEP 11: Tertib! Hahaaaaa... ape lagiiii tunggu je la hari nak menikah tuuuu~

151 comments:

Muhammad Firdaus said...

Terima kasih cik Az. Saya bakal mendirikan masjid pada 1 Mei 2016, adakah saya perlu daftar online sekarang pada Disember 2015?

Qutaibah said...

Tunang cik az, xyah wat surat akuan bujang kan? Sebab saya dri selangor, takut jaijohor nak surat akuan bujang laki lak.. so?? Camner yer?

Cik Az said...

@ Muhammad Firdaus : Daftar online awal bila2 pun boleh, yang penting nak hantar permohonan nikah tu mesti paling awal 3 bulan sebelum tarikh nikah atau paling lewat pun 2 minggu sebelum tarikh nikah. Tapi saya cadangkan hantar permohonan biar awal 3 bulan la jangan lewat sangat sebab nanti kene berebut tok kadi pulak. :p

Cik Az said...

@ Mohd Qutaibah : Yup. Kalau pengantin lelaki dari Selangor tak perlu pun buat surat akuan bujang sekarang. Kalau dulu memang kena buat. Maybe dah tukar rules baru kot..

Unknown said...

salam...saya alin...saya nak tnye dokumen kenenaran bernikah di luar kawasan nk amek dokumen kt mne yer??sbb saya tgk dokumen ug kne cetak xde pon dokumen knenaran bernikah ni luar kawasan...saya org johor...tunang org kedah...tq

Cik Az said...

@ razlina rasid : Waalaikummussalam..maaf ye saya tak berapa pasti pasal tu. Untuk lebih kepastian Cik Razlina mungkin boleh hubungi pejabat agama daerah dulu. Mungkin dokumennya kena ambil sendiri di pejabat, tak ada download online..

Anonymous said...

salam.. kak.. kalau pihak lelaki dr johor jugak.. mcm mana ye ??

Unknown said...

thanks cik az.. maklumat sgt berguna untuk sy yg bakal mendirikan rumahtangga akhir bulan april 2016.. borang2 smua dah siap print. tinggal nk uruskan jer. kte hnya terus buat ujian hiv je lah kan? xyah amik borang kt pejabat agama kan?

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam..kalau pihak lelaki dr johor jugak, prosedur sama macam pihak perempuan. Kena daftar online dulu kat e-NCR Johor ni ye..

Cik Az said...

@ nini faline : Yup..boleh terus buat ujian hiv kat klinik berdekatan. Boleh mintak borang hiv tu kat kaunter klinik terus bukan kat pejabat agama. Kalau buat ujian hiv kat klinik dalam negeri Johor, mungkin kena buat ujian talasemia & hepatitis B sekali kalau tak silap.. :)

siti said...

Salam... terima kasih atas maklumat. sangat membantu. saya nak Tanya macam mana dengan saksi ye. saksi nikah tu pejabat agama da tentukan ke orang nya dan berapa bayaran saksi. tok kadi ade dikenakan bayaran tak. TQ ye

Cik Az said...

@ siti : Waalaikummussalam.. Saksi nikah adalah orang yang sama dalam borang pengesahan saksi permohonan (Dokumen no. 8). Kalau ikut pengalaman saya, walaupun kat borang pengesahan saksi permohonan tulis bahawa "2 saksi permohonan tidak semestinya saksi akad", tapi sebenanrya kena orang yang sama dan hadir waktu upacara akad nikah (kena bawak ic sekali). Di sebelah pihak lelaki pun saksi borang kena sama dengan saksi akad. Saksi kita pilih sendiri je sesiapa pun boleh. Tapi untuk belah perempuan, saksi tak boleh terdiri daripada adik beradik lelaki.

Berkenaan bayaran saksi dan tok kadi, sebenarnya tiada ketetapan berapa bayaran. Cuma sekadar ikut budi bicara pihak lelaki nak bagi berapa seikhlas hati. Tapi kat Johor biasanya untuk saksi RM20/seorang saksi dan RM50 untuk tok kadi. Pihak lelaki yang kena sediakan tau. Letak je dalam sampul duit dan serahkan pada diorang lepas majlis akad selesai..

siti said...

OK Thank You ye. :) May Allah blessed.

Unknown said...

Assalam...nak tnye ni... Kalau xde sijil pernikahan mak ayah ori xde mcm mne? Sebab mak ayah ddok jaoh.. Yang ada hnya fotostate sijil pernikahan mak ayh je..

Unknown said...

Assalam..sy nk tnye..pmpn org n9 tp almt dlm ic dh ltk almt johor,psgn plak org johor nk nikah dijohor.soalan sy adakah sy kena temuduga ms htr borg kt pjbt kadi johor?psgn dr daerah lain dijohor..borg2 dia kne htr skali ke kt pjbt kadi johor?

Cik Az said...

@ gorgeous roses : Waalaikummussalam..saya dah jawab soalan awak tu kat email yang awak bagi.. :D

Cik Az said...

@ Amy Omar : Waalaikummussalam..kalau hantar borang kat pejabat agama daerah dalam negeri Johor, maknanya memang akan kena temuduga. Pasangan awak pun sama kena daftar online kat eNCR Johor dan hantar borang tu kat pejabat agama daerah dalam negeri Johor (ikut kat borang daerah mana yang pasangan awak daftarkan).

Unknown said...

assalamualaikum. sy ada sedikit masalah masa daftar encr ni. tunang sy org melaka tp bekerja di jb lbih kurg 4 thun.ic die mmg alamat melaka. sy pulak mmg org jb.kje n menetap kt area jb.cuma alamat ic segamat.sbb alamat kmpung n tempat nikah mmg kt segamat. masa daftar kt encr, sblm hantar permohonan tu yg bahagian pejabat kadi pihak lelaki n perempuan nk isi pejabat kadi mane ye. harap dpt membantu.

Anonymous said...

assalammualaikum . tumpang tanya . adakah borang hiv dekat sistem dengan borang yg dihantar ke klinik berbeza ? borang hiv tu boleh di ambil dimana-2 klinik ke , sbb sy keje di selangor . ada yg bgthu saya borang ujian hiv tu kene ambil di pejabat agama johor.

Cik Az said...

@ melo zera : Utk pihak lelaki, daftar kat encr negeri Melaka kan? Maknanya kena hantar borang kat pejabat kadi Melaka ikut daerah kat dalam IC untuk dapatkan surat bernikah luar kawasan. Tunang awak tak boleh daftar kat encr Johor sebab alamat IC beliau ialah Melaka, dan menetap 4 tahun di Johor belum boleh dikira bermastautin.

Utk pihak awak perempuan pulak, kalau nak nikah di Segamat kena la hantar segala borang kat pejabat agama daerah Segamat ye. Kes awak ni lebih kurang macam saya, so saya rasa takde masalah kalau awak follow je step yang saya dah nyatakan dalam post ni :)

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam..boleh refer semula STEP 6, saya ada nyatakan bahawa borang HIV sekarang dah boleh download terus kat encr ni. Nanti pergi je klinik mana yang awak nak buat HIV test tu, tak kisah la dalam negeri Johor ataupun luar dari Johor, tunjukkan borang yang dah print tu, nanti staff akan bagi borang lain jugak untuk diisi. Dulu saya pun buat HIV test kat Klinik Kelana Jaya, Selangor je. Tak semestinya kena balik Johor dan buat HIV test kat klinik Johor pun :)

Anonymous said...

alhamdulillah , terima kasih . sbb ada yang bgthu kene amek borang tu kat pjabat agama sahaja . risau jugak . sbb nak cari masa lagi , terima kasih banyak-2 .

Anonymous said...

Assalam, sis tumpang tanya . saya cadang bernikah awal bln 4.. soalan saya adakah terlalu awal untuk saya daftar dalam encr?...

Muhammad Firdaus said...

Cik az no 22 tu ape ?
kene buat tak ?
tak paham la.

Cik Az said...

@ Muhammad Firdaus : Kalau awak dan pasangan ialah warganegara Malaysia, abaikan je no 22 tu tak perlu buat pape.

Unknown said...

Aslm nak tanya..sy hisyam..sy daftar under selangor, tunang sy orang johor.. tunang cik Az tu orang selangor kan? Untuk ujian hiv tu,tunang cik Az ada apa2 borang khas dari jaiSelangor tak? Sebab saya dah buat HIV test di Klinik Dengkil Selangor. "BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN". Borang result HIV ini yang sy dapat hanya sekeping salinan carbon biru sahaja dan x ada apa2 tulis result tp ada cop doktor.. tapi staff klinik bagitahu, itu je borangnye..dan result hiv adalah negetif. Kalau positif hiv xakan dapat salinan carbon biru tu.. Betul ke?

Unknown said...

Aslm nak tanya..sy hisyam..sy daftar under selangor, tunang sy orang johor.. tunang cik Az tu orang selangor kan? Untuk ujian hiv tu,tunang cik Az ada apa2 borang khas dari jaiSelangor tak? Sebab saya dah buat HIV test di Klinik Dengkil Selangor. "BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN". Borang result HIV ini yang sy dapat hanya sekeping salinan carbon biru sahaja dan x ada apa2 tulis result tp ada cop doktor.. tapi staff klinik bagitahu, itu je borangnye..dan result hiv adalah negetif. Kalau positif hiv xakan dapat salinan carbon biru tu.. Betul ke?

Anonymous said...

Salam. No. 15 nak dapatkan di mana? Saya johor dan pasangan selangor. Tq.

-aleya-

Cik Az said...

@ Hisyam Salleh : Waalaikummussalam.. setahu saya kalau dah negatif so takde masalah pape la. Kertas carbon biru tu memang itu la yang semua orang dapat kalau takde pape masalah..

Cik Az said...

@ Aleya : Waalaikummussalam. No. 15 iaitu surat kebenaran bernikah luar kawasan tu ialah surat dari pihak lelaki. Means pasangan awak kena dapatkan dulu surat tu dari pejabat agama Selangor barulah bagi kat awak untuk serahkan pada pejabat agama kat Johor.

zie said...

Slm cik az..nk tanya sy n tunang wat hiv test di klinik yg berasingan sbb klinik kesihatan yg tunang sy wat ujian tu kata if perempuan org johor kena buat di johor..tunang sy dpt 2 salinan borang 1 warna pink utk salinan pjbt agama dan biru utk simpanan sendiri..sy hanya dpt salinan warna biru sahaja(saya buat ujian di klinik kesihatan lain di selangor jgak yg xde persoal org johor atau tidak..Soalan saya boleh x salinan warna biru digunakan utk diserahkan kepada pejabat agama di johor nanti?

Cik Az said...

@ zie : Waalaikummussalam.. boleh je guna borang biru tu sebab saya pun dapat satu je borang biru tu :)

Sepatutnya dah tak perlu pun suruh perempuan Johor buat HIV test kat klinik Johor sebab syarat sekarang dah tak ketat macam dulu. Cuma FYI, klinik kat Johor akan buat ujian talasemia sekali itu je bezanya dengan klinik negeri lain. Hehee

siti said...

Salam Cik AZ. Saya nak Tanya.HIV Test valid berapa bulan bagi negeri Johor ya. Thank You in advance.

Cik Az said...

@ siti : Waalaikummussalam.. HIV test valid hanya 6 bulan sahaja tak kira la untuk negeri Johor ataupun negeri lain. Most welcome :)

aisyah_jaffar said...

salam..sy org johor bakal org kdh so sy de buat hiv test kt kedah..yg klkr nye..dh siap buat sume test..part isi nk sah dlm borang johor..diorg xbrni nk sign sbb tkut borang kne reject..so klu dier cop je..xpe ke..xsmstinye kn kne org johor kne buat kt johor kn...

aisyah_jaffar said...

salam..sy org johor bakal org kdh so sy de buat hiv test kt kedah..yg klkr nye..dh siap buat sume test..part isi nk sah dlm borang johor..diorg xbrni nk sign sbb tkut borang kne reject..so klu dier cop je..xpe ke..xsmstinye kn kne org johor kne buat kt johor kn...

Cik Az said...

@ aisyah_jaffar : waalaikummussalam..sepatutnya staff klinik tak boleh macam tu. kesian kat awak takkan la terpaksa balik Johor semata2 nak buat HIV test je kan..doa2 la pejabat agama Johor nanti terima borang tu walaupun sekadar cop je..

Epin's Network said...

asslamualaikum....nk tnye..klau sy orang johor(lelaki) kahwin ngan orang melaka(perempuan) sy kene sertakan salinan ic wali x mase nk hntr borang pemohonan ke pjbat agama johor?lg stu dokuman no 15 tu sy kene dapatkan dari pejabat agame ke?atau sy kene create stu surat and pejabat agame sahkan?

Unknown said...

Assalam ... Saya mnikh bln 5 ... Jika sekarang saya settle kan semua boleh diterima tak ye ?

Anonymous said...

Assalammualaikum warroh matullahi wabarakatu

Saye ingin bertanya bagaimana hukum hakam ataupun tata cara berpoligami di negeri johor.?
Perlukah sorang suami izin dari sorang isteri,untuk berpoligami..? ade kah surat menyurat yang sorang isteri harus sign

Sudi kiranya puan dan tuan bagi penjelasan untuk saya..

saya ucapkan banyak terima kasih

❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ said...

assalam...kalau wali adalah abang kandung kena isi wakalah wali tak ye?

Cik Az said...

@ Epin's Network : Waalaikummussalam..IC wali hanya diperlukan bagi pihak perempuan sebab lelaki kalau nak nikah tak perlu kebenaran wali pun.. hehe.. Dokumen no 15 tu tak boleh ditulis sesuka hati sebab dokumen tu dikeluarkan oleh pejabat agama sahaja. Untuk dapatkan dokumen tu, pihak lelaki kena hantar segala dokumen yang berkaitan ke pejabat agama. Selepas tu barulah staff dari pejabat agama akan print out dokumen kebenaran nikah luar kawasan tu dan pihak lelaki perlu serahkan dokumen tu kepada pihak perempuan pula untuk dihantar ke pejabat agama.

Cik Az said...

@ Unknown : Waalaikummussalam..insyaAllah boleh. Seawal 3 bulan sebelum nikah dah boleh daftar kat eNCR Johor. Lepas submit permohonan secara online kat eNCR Johor ni, perlu hantar dokumen yang diminta ke pejabat agama dalam masa sebulan dari tarikh submit poermohonan, jika tidak permohonan tu akan automatik dibatalkan. Paling lewat boleh settlekan semua ni ialah 2 minggu sebelum tarikh nikah.

Cik Az said...

@ zaya zahirra : Waalaikummussalam.. setahu saya undang2 baru poligami di Malaysia termasuklah di Johor dah tak perlukan kebenaran / izin dari isteri pertama lagi dah untuk berkahwin lain. Tetapi andai kata negeri Johor terkecuali dari undang2 baru ni, saya minta maaf ye sebab saya jawab berdasarkan apa yang saya tahu je.

Cik Az said...

@ ❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ : Waalaikummussalam..abang kandung dikira sebagai wali nasab, so tak perlu isi kolum wakalah wali. Melainkan, abang kandung anda tak dapat hadir pada hari nikah tu baru la kena isi kolum wakalah wali tu.

❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ said...

OK THANKS..NAK TANYA LAGI...KALAU TERSILAP EJA NAMA MCM MANA YE...NAMA TUNANG 'MUHAMMAD' DOUBLE M..TP SAYA TERTAIP 1 M JE..DAH PRINT BARU PERASAN SILAP..

Cik Az said...

@ ❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ : Kalau ada tersilap isi borang, boleh buat permohonan semula. Kira kene start dari step 1 semula la. So nanti permohonan yang lama akan automatik terbatal kalau isi & hantar permohonan baru. And then, print je la permohonan yang baru tu, settle.

❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ said...

thanks atas maklumat...maaf..lagi satu soalan...sy dftr kt encr dan ada download borg ujian hiv..tapi sy nak buat ujian hiv di klinik di selangor..sy perlu guna borg ujian hiv yg mne ye..johor atau selangor?..adakah boleh guna borg hiv selangor if sy nikah di johor?

Cik Az said...

@ ❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ : Klu pengantin perempuan Johor buat HIV test kat mana2 negeri pun mmg wajib perlu pakai borang yg diprint sahaja. Sy dulu pun buat HIV test kat klinik Selangor guna borang yg diprint.

Unknown said...

salam sy nak tanya. sy baru lepas nikah pd minggu lepas. tok kadi just bagi borang permohonan kbenaran nikah utk kami berdua dan bukan sijil nikah sementara. di borang tersebut complete semua details kami suami isteri dan tarikh,cuma sign suami dan tok kadi je ada tapi isteri tiada. memang begitu ke lepas nikah dpt borang tue je bukan sijil nikah sementara? thanks idoraa :):)

Unknown said...

Salam sy nk tnyela test hiv tu buat sbelum pemohonan ke mcm mne sy nak nikah bln 9 ni kt johor tunang org slangor. Mohon pencerahan ye tq 😊😊

Cik Az said...

@ yartt hayati : Waalaikummussalam.. sama je tu sis. Borang permohonan kebenaran nikah tu dikira sebagai sijil sementara la.. :)

Cik Az said...

@ Fa Zira : Waalaikummussalam.. hiv test tu awk boleh buat lepas hantar permohonan secara online. Nanti akan ada satu dokumen untuk hiv test yang perlu dicetak & bawak ke klinik masa nak buat hiv test. Btw, hiv test cuma valid 6 bulan sahaja.

Unknown said...

salam,kalau tersalah letak kat taraf perkhawinan tu mcm mna eak nak edit balik?

Cik Az said...

@ Muhammat Rajiv : Waalaikummussalam. Kalau tersalah masukkan mana2 maklumat dan dah hantar permohonan secara online, boleh je edit semula dan hantar semula sekali lagi permohonan online tu. Secara automatik permohonan yang lama tu akan terbatal.

Unknown said...

salam saya nk tanya borang akuan drpd ketua kampung tu ada dalam web encr ke.rasa macam xde.mne nk dapat surat tu ye?tq

Cik Az said...

@ Smith Ajibbudin : Waalaikummussalam..borang tu maksudnya surat akuan status bujang ke? Kalau tu yg awak maksudkan, surat tu hanya ada pada ketua kampung takde online untuk dicetak. So kene pergi jumpa ketua kampung tu sendiri dan bawak IC, then ketua kampung akan bagi surat akuan bujang ikut format yg ditetapkan negeri Johor.

punxer said...

Salam kak..part yg 2 salinan kad pengenalan saksi permohonan tu..tu nak saksi yg bukan ahli keluarga..tu sape2 je bole eh ke nak saksi nikah?ta paham ta paham..hhihi

Unknown said...

assalamualaikum kak az,saya nk tanya...bakal suami saya org ngri9 tp keje kt spore..jd borang nikah dy kne ikot ngeri dy kan?xsame mcm borang johr r ea?saya kurang paham..blurr...huuu..maaf

Cik Az said...

@ miss sepet : Waalaikummussalam.. ya, bakal suami kene ikut negeri dia. Setiap negeri ada NCR sendiri boleh pergi ke website je terus.

Cik Az said...

@ punxer : Waalaikummussalam.. Ya, boleh sesiapa sahaja asalkan bukan ahli keluarga. Tapi WAJIB la memenuhi syarat sah sebagai saksi iaitu LELAKI, ISLAM, BALIGH, BERAKAL.

AinNur Raudhah said...

salam kak az, borang hiv test johor yang boleh cetak online tu kat mana saya boleh dapatkan?

Cik Az said...

@ AinNur Raudhah : Waalaikummussalam. Awak perlu hantar permohonan secara online dahulu baru la boleh dapatkan borang HIV test cetak online. Sila refer pada STEP 5.

AinNur Raudhah said...

Oh okay kak. Terima kasih

Anonymous said...

Salam kak..sy lelaki dan duduk di johor..bakal isteri sy duduk di melaka..jadi bila isi sppim online melaka hanya keluar borang hiv test nama bakal isteri sy saja..jadi sy nak dapatkan borang hiv test sy di mana? Johor kak ea??

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam. Awak sebagai bakal pengantin lelaki perlu daftar & buat permohonan online dulu kat eNCR Johor baru la akan keluar borang hiv test untuk cetakan online.

Unknown said...

Salam kak , sy buat test hiv , tp xsempat nak hantar formnya ke pejabat agma , then sy buat permohonan lg skali.. Maknenye test hiv sy yg first tu bole dterima x ? Atau kena guna form yg baru ?

Cik Az said...

@ Rossa Danny : Waalaikummussalam. Setahu saya kalau ada permohonan baru maknanya segala permohonan yang lama akan automatik terbatal. Maknanya awak perlu buat hiv test sekali lagi guna borang cetakan dari permohonan yang baru.

Unknown said...

salam kak az kalau no pendaftran e-ncr tu x isi boleh ke?sebab xtahu pasangan punya ape dan saya lupa catit...saya kna buat permohonan baru ke

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Fatihah salam kak Az..sy nk ty skrg ni btol ke klu nk nikah di Johor pndftran hy mll online, tuk pndftran manual mll borang bertulis mmg dh x de ye

Cik Az said...

@ nurul anida : Waalaikummussalam. Setahu saya, kalau pasangan pun dari Johor mesti kena letak no pendaftaran tu. Kalau tak boleh edit, buat je permohonan baru nanti yang lama akan automatik terbatal.

Cik Az said...

@ Fatihah Rahman : Waalaikummussalam..semua negeri pun dah gunakan pendaftaran & permohonan online, kemudian baru la ke pejabat agama daerah masing2 untuk hantar dokumen2 berkaitan yang diperlukan.

Unknown said...

Tq Kak Az, tp sy nk ty nk daftar online ni boleh online awal or kn syarat 3 bln sblm nikah jg? Klu kite nk register 4@5 bln sblm tarikh nikah tu x de ape2 mslh kan?

Anonymous said...

Assalam. nak tanya ye. daftar online dah buat. tapi nak klik dekat permohonan nikah tu mesti kena 3 bulan juga ke?

Cik Az said...

@ Fatihah Rahman : Untuk register online bila2 pun takde masalah tapi kalau nak submit permohonan nikah paling awal boleh submit 3 bulan sebelum tarikh nikah.

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam. Ya, submit permohonan nikah kene 3 bulan sebelum tarikh nikah sahaja.

Eyna idris said...

Aslkm kak az...sye nak tye..jika sye dgn pasangan berlainan daerah bole ke sye temuduga nikah kt tempat yg sme atau kene interview kat daerah masing2???

Cik Az said...

@ Eyna idris : Waalaikummussalam..kena interview kat pejabat agama daerah masing2 sebab dokumen berkaitan perlu diserahkan ke pejabat agama daerah awak sendiri, lepas tu akan terus diinterview.

MUHD RIDHUAN SULAIMAN said...

Kalau kahwin bulan 11 kena daftar dah ke..haha..tqvm. Kahwin org johor ni :)

Cik Az said...

@ MUHD RIDHUAN SULAIMAN : Boleh je daftar sekarang tapi permohonan kene hantar mesti sebelum 3 bulan sebelum nikah tak boleh lagi awal dari tu.

Ros said...

Cik as..kalau bulan puasa ni bole wt hiv test tak?

Cik Az said...

@ Rosmatul Izat : InsyaAllah boleh je..

Rifhan said...

askum cik az..sy nur rifhan..saya nak pengesahan sebab ada sedikit kekeliruan...begini, saya akan berkahwin pada bulan Oktober 2016..jadi saya nak tanya, adakah sekarang ni, bulan 6 atau 7 saya dah bole start untuk daftar online perkahwinan? adakah valid 3 bulan tu dikira start daripada kite daftar online atau pada bila kite submit borang pada pejabat agama? mohon pencerahan..tq

Rifhan said...

cik az, sy nur rifhan..ada tambahan pertanyaan... sekiranya saya dah daftar online pada bulan 6 katakan..dan menurut cik az kne submit 3 bulan sebelum tarikh nikah kn..so nak tnnya, borang yg kite dh isi tu adakh kite bole bagi pada tok kadi dahulu skrg selepas kite dh lengkap isi atau kne antar pada pejabat agama, lepas interview then bru kite bg borang tu pada tok kadi kite???maaf, saya agak keliru skrg

Cik Az said...

@ Nur Rifhan: Waalaikummussalam.. Daftar sebagai pengguna e-NCR bila-bila masa pun boleh, setahun sebelum tarikh nikah pun boleh. Hantar permohonan kebenaran nikah online tu paling awal boleh buat 3 bulan sebelum nikah, paling lewat 2 minggu sebelum nikah. Lepas submit permohonan online, baru la kena hantar dokumen yang diperlukan ke pejabat agama daerah (bukan hantar pada tok kadi). Nanti staff akan proses dokumen tu kemudian terus temuduga. Harap penjelasan ni dapat menyelesaikan kekeliruan..

Rifhan said...

oww...okay cik az..sgt clear..hee..tq cik az..:)

Unknown said...

alahai...byk bebenor prosedurnye

Anonymous said...

Maaf nak tanya..Ujian saringan thalassemia dah diwajibkan kat Johor ye sekarang?sama macam ujian HIV ke?

Cik Az said...

@ Anonymous : Ya, kalau anda buat hiv test kat klinik kerajaan di Johor memang kena buat ujian talasemia sekali. Mungkin sama je macam hiv test kena ambil darah. Saya buat test di klinik Selangor tak ada ujian talasemia jadinya saya tak berapa pasti sangat. Maaf.

Unknown said...

Salam cik az..nk taye..kalau lelaki owg melake..kat borang encr,nom pendaftran encr tu x payah isi ye..pas tu ruangan yg bwh tu..kene isi normal ye untuk pasangan..

Cik Az said...

@ Annyzz nyzz : Waalaikummussalam. Ya, tinggalkan je bahagian nombor pendaftaran tu dan isi je details pasangan tu.

Feeqa said...

Nak tanya saya dah anta dah borang saya ke pejabat agama tapi status tu tak tukar lagi pn...masih semakan bkn nye kebenaran

Unknown said...

tq ye cik Az

Cik Az said...

@ Feeqa : Jangan risau, nanti staff akan update dalam sistem lepas dah siap diproses. Harap bersabar sikit tau. Hehe :)

Feeqa said...

Tula cik aZ... takut jgk...lani borg nikah kat pak imam dh....tp status xtukar...huhuh....dup dap dup dap jntung ni tgl tggu hari

Unknown said...

Salam cik az nk tny borang saksi kne print 1 je ye.

Cik Az said...

@ Atika Ika : Waalaikummussalam. Ya, cukup print 1 je.

Unknown said...

Wakalah wali xbuat xpe ye cz sy xbuat..p yg akad kn tok kadi n bpa sy de gk time 2..sy xphm sgt wakalah wali nie..

Unknown said...

nak tanya. kalau ujian hiv tu boleh buat di klinik swasta ke? Kemudian, untuk surat akuan bujang, majikan boleh buatkan ke?

Unknown said...

assalamualaikum cik az,selamat hari raya,maaf zahir n batin,ok..sy nk tnye,sy ni ic slangor,tp tmpt kje sy di pasir gudang johor,kire tmpt cri rezki,xsmpai stahun lg,sy bakal mndiri kan masjid pd bln 9 ni,sy nk daftar/isi borang nikah tu kt johor ke slangor??de org ckp ikut ic,yg lain ckp ikut tmpt kite brkerja,so cmna cik az?sbb xsmpai lg 2bln je ni,pape document xde lg ni

Anonymous said...

Salam cik Az, terima kasih post prosedur perkahwinan johor ni. Sgt2 mmbantu. tpi sy nk tny berkenaan wali tu. Adakah sama wali dgn jurunikah? Sbb jurunikah sy adalah abg ipar sy, tpi ayah sy ada lgi. Jadi utk isi profil wali tu isi bag ipar sy ker atau ayah? Terima kasih Cik Az. Majlis sy bulan 9 ni rumit rasanyaa prosedur ni, ...

Anonymous said...

Hiv tu hanya dibuat di KLINIK KESIHATAN sahaja. Surat akuan bujang biasanya ketua kampung. Kalau kt johor jumpa jer ketua kampung nanti dia akan bagi suratnya sbb dia dah ada hardcopy surat tu cuma bawak salinan ic jer jmpa ketua kampung. Harap membantu. :)

Cik Az said...

@ Atika Ika : Kalau bapa ada jadi wali tak perlu pening2 nak isi bahagian wakalah wali sebab tu adalah bahagian wakil wali sekiranya wali tiada.

Cik Az said...

@ Fareez Irwan : Ada Encik / Cik anonymous dah jawabkan soalan anda kat atas tu. Hehee.. Terima kasih Encik / Cik anonymous yang tolong jawabkan. Tapi saya nak tambah, kalau nak majikan buatkan surat akuan bujang tu pun boleh takde masalah sebab faham la kan kalau duk taman ke tak tau pulak mane nak cari ketua kampung. Biasanya HR yang akan keluarkan surat & boss yang akan tandatangan.

Cik Az said...

@ Alip Amran : Waalaikummussalam. Selamat hari raya juga. Semestinya anda perlu daftar dengan e-NCR negeri Selangor sebab anda baru je duk Johor setahun, belum dikira sebagai pemastautin negeri Johor. Boleh refer entri saya yang lain berkenaan pendaftaran e-NCR negeri Selangor ye. Relax je sebab Selangor tak banyak prosedure so jap je boleh settle :)

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam. Untuk pengetahuan Cik, abang ipar TAK BOLEH jadi WALI ye. Kalau abang kandung boleh la.. Jurunikah yang Cik maksudkan tu Tok Kadi yang akan menikahkan Cik ke? Kalau macam tu, tak ada masalah untuk abang ipar jadi jurunikah / tok kadi, tapi wali tetap kena ayah kandung Cik. So dalam ruangan wali isikan je details ayah kandung Cik ok. Harap jawapan saya dapat selesaikan kerumitan yang Cik hadapi :)

MUHD RIDHUAN SULAIMAN said...
This comment has been removed by the author.
MUHD RIDHUAN SULAIMAN said...

Assalam cik Az

Saya orang Selangor (bermastautin) dan akan kahwin orang Johor

s1) Dulu Suami Cik Az kena bawa dua orang saksi jumpa PPN ke?
s2) Siapa ada pengalaman dapatkan pengesahan bermastautin. Keke.....borang tu nak dapat dari mana ye :p

Cik Az said...

@ MUHD RIDHUAN SULAIMAN : Waalaikummussalam.

Soalan 1) Ya. 2 orang saksi borang tu suami saya bawa sekali jumpa PPN & hadir di majlis nikah untuk jadi saksi nikah sekali (wajib ada).
Soalan 2) Pengesahan bermastautin boleh dibuat oleh ketua kampung / mukim / ADUN kalau tak silap saya.

Untuk pengetahuan anda juga, saya & suami settlekan prosedur ni semua 2 bulan sebelum tarikh nikah.

puanamariyah said...

salam kak . terima kasih atas info yg diberi. sgt berguna untuk sy . huhuhu . cuma sy nak tanya , kalau saksi untuk permohonan tu mesti ad sekali ke ??? sebabnyaa kalau ikutkan saksi permohonan tu , sy mintak dengan ketua kampung dengan imam masjid . saksi akad sy org lain . bole ke ??? confius sgt neh .

Anonymous said...

Salam kak, sy nk tnye mcm mane nk setelkn semua borang² nie dn adakh sy kene pegi pjbt agame dulu ato online..lagi satu borang hiv test kt mane sy kene dptkn sebab mase sy tinggal 2 bln jer lagi nk nikah..semuaNye tk setel lagi ? Sy jd pening tk tau yg mane 1..

Cik Az said...

@ amariyah binti Jonit : Waalaikummussalam. Setahu saya, saksi permohonan kena orang yg sama. Rasanya tak boleh orang yang lain. Boleh call pejabat agama daerah untuk lebih kepastian ye..

Cik Az said...

@ Anonymous : Waalaikummussalam. Relax, jangan pening2. Baca slow2 post ni dari STEP 1 sampai habis nanti faham la nak mulakan dari mana. Saya dah sebutkan kat post ni semuanya online, cuma nanti lepas isi online perlu serahkan dokumen ke pejabat agama daerah. Harap dipermudahkan urusan anda..

Unknown said...

Salam kak, saya nak tye.. saya akan kahwin bulan 12.. borang hiv test boleh download lepas hantar permohonan nikah kan? masalah saya sekarang..bakal suami nakkan result hiv saya awal sebab dia kerja askar.. nk interview kat jabatan dia..nakkan result hiv

macammana saya bk download borang hiv test tu ya?

ahmadshafiq said...

salam,
sy sudah mencetak borang HIV dan bagaimana dengan pasangan punya borang HIV ? atau hanya sy yg ambil HIV test sahaja.

Dhiya Dani said...

salam cik az . untuk lelaki dari selangor , NCR dia pon sama macam johor ke kena submit paling awal 3 bulan ?

Dhiya Dani said...

salam cik az . untuk lelaki dari selangor , NCR dia pon sama macam johor ke kena submit paling awal 3 bulan ?

Unknown said...

Salam sis saya nk tanya surat akuan bujang nk ambil kt mana dan adakah saya kena bwk sekali borang2 lelaki ke pejabat agama..

Cik Az said...

@ Shida Ninot : Waalaikummussalam. Ya, borang hiv untuk yg nak nikah di negeri Johor hanya boleh download lepas permohonan dah dihantar online. Paling awal boleh hantar permohonan & download borang hiv tu 3 bulan dari tarikh nikah. Cuba la tanya bakal suami awak kalau dalam tempoh 3 bulan boleh atau tak untuk settlekan urusan borang hiv tu.

Cik Az said...

@ ahmadshafiq : Waalaikummussalam. Keputusan hiv kedua2 pasangan diperlukan untuk permohonan nikah. Untuk pasangan anda tu boleh rujuk kat NCR negeri pasangan. Contohnya kalau pasangan anda asal Selangor, borang memang diberikan di klinik sahaja.

Cik Az said...

@ Dhiya Dani : Waalaikummussalam. Kalau tak silap saya ya memang semua negeri paling awal boleh submit poermohonan 3 bulan daripada tarikh nikah.

Cik Az said...

@ Ain Wahida : Waalaikummussalam. Surat akuan bujang boleh dapatkan daripada majikan / ketua kampung. Ya, perlu bawa sekali semua dokumen dari pihak lelaki.

Anonymous said...

Assalamualaikum cik az kalau saya nk online semula borang borang ni boleh ke..

Unknown said...

Assalam cik..nk tnye,perlu ke sy bwk sijil nikah parent beserta salinannye..sy ank no 4..dkt check list suh bwk,tp kbetulan sijil nikah parent ilang pula..yg sy penah google,hnye ank ptama je memerlukn sijil nikah parent semasa permohonan..sy dr johor..mohon respon segera cik.

Unknown said...

Salam sis, maaf sy nk tnye kalo kite nk online baru dn print baru bole ke sebab sy trsalah dh 2 kali dn kali ke 3 nie daerah pasangn plak..tkpe ke kalo sy tk bwt baru sebab daerah pasangn dlm borang sy taip johor tp dye dok rompin brkeje dkt johor

Unknown said...

Salam sis, maaf sy nk tnye kalo kite nk online baru dn print baru bole ke sebab sy trsalah dh 2 kali dn kali ke 3 nie daerah pasangn plak..tkpe ke kalo sy tk bwt baru sebab daerah pasangn dlm borang sy taip johor tp dye dok rompin brkeje dkt johor

afiq said...

Salam cik az,plg lewat 2 mgu sblm majlis nikah ye? Utk hantar borang and settle kan semua utk pernikahan. Jika pemohonan online blom bur lg smpat ke. Mjls 2/9

Anonymous said...

Assalamualaikum cik az,saya ada beberapa soalan.saya berasal dari kedah,pasangan pula berasal dari selangor.Kami bercadang nak nikah di johor.So macam mana dari segi pengurusan dokumen nikah dan hiv test?perlu ke kami isi borang nikah online dalam sistem e-ncrjohor?hiv test macam mana?

Anonymous said...

Salam sis, nak tanya kadar bayaran tok kadi dan saksi di Johor Bahru berapa ye?

Unknown said...

salam sis, kalau dah isi online tu kena terus print ke ? sebab saya isi borang dulu lepas 2 minggu baru nk print mcm tak jumpa pulak borang nk print tu

jaieyra said...

salam sis..nk tnye ni klu alamat tmpt nikah salah mcm mne yer..? perlu ke bwk pasangan g wt semula atau kita pegi then just btulkn pastu print..?

Unknown said...

Salam cik. Saya ada terbaca. Kalau pengantin pempuan org johor tak payah borang pengesahan status bujang? Betul ke. Majlis sy hujung tahun ni.

Unknown said...

as salam..cik boleh bagi tau x apa yg perlu di bwk skli sblom pergi ke pejabat agama setelah mengisi semua maklumat2..contohnya mcm salinan kad pengenalan lelaki n pasangan brp keping kna fotostate,borang online brp keping kna fotostate n yg lain2?..n perlukah bwk gmbar skli?

sham said...

Salam...cik Az,lo tengok ni STEP 9: Temuduga kahwin (orang Johor jeee yang kena nii)....pihak lelaki yang bukan dari johor bernikah dgn orang johor...pihak lelaki kene interview ke dgn jbtan agama islam johor k...atau xpyah?

Unknown said...

assalamualikum sy zai sy nk tnye sy dan pasangan duduk di johor tp pasang sy die berkerje di segamat tp i/c di muar jadi sy nk tnye surat mastuti/surat sokongan yg nyatakn die sdh duduk di segamat hmpir 5tahun tp bila pergi ke ketua kampung beli x bg buat surat sokongan to kerana ic beralamat lain jd kami awal2 dh tnye pd pihak pejabat agama megenai hal ini..dan beliau srh kami jumpa ketua kmpung dan mtk surat sokongan..dan ketua kmpung x nk bg kejesama ..sbb kn ic di tmpt lain ada x lain cr utk nk buat surat itu

Unknown said...

assalamualikum sy zai sy nk tnye sy dan pasangan duduk di johor tp pasang sy die berkerje di segamat tp i/c di muar jadi sy nk tnye surat mastuti/surat sokongan yg nyatakn die sdh duduk di segamat hmpir 5tahun tp bila pergi ke ketua kampung beliau x bg buat surat sokongan to kerana ic beralamat lain jd kami awal2 dh tnye pd pihak pejabat agama megenai hal ini..dan beliau srh kami jumpa ketua kmpung dan mtk surat sokongan..dan ketua kmpung x nk bg kejesama ..sbb kn ic di tmpt lain ada x lain cr utk nk buat surat itu

Unknown said...

assalamualikum sy zai sy nk tnye sy dan pasangan duduk di johor tp pasang sy die berkerje di segamat tp i/c di muar jadi sy nk tnye surat mastuti/surat sokongan yg nyatakn die sdh duduk di segamat hmpir 5tahun tp bila pergi ke ketua kampung beliau x bg buat surat sokongan to kerana ic beralamat lain jd kami awal2 dh tnye pd pihak pejabat agama megenai hal ini..dan beliau srh kami jumpa ketua kmpung dan mtk surat sokongan..dan ketua kmpung x nk bg kejesama ..sbb kn ic di tmpt lain ada x lain cr utk nk buat surat itu

Unknown said...

Assalamualaikum..... Sy ingin bertanya kn soalan... Sekira nya sijil nikah mak dan ayah sudah tidak ada @ hilang.. Blh digantikan dengan apa surat...

Anonymous said...

Assalamualaikum. sy aizat ingin tnye mcm mne pulak procedure bg pasagan lelaki yang tinggal di johor dan perempuan tinggal di selangor.nikah akan di buat di selangor.mohon pemcerahan.tq

EIDTZUWAN said...
This comment has been removed by the author.
EIDTZUWAN said...

Assalamualaikum. sy idzwan ingin tnye mcm mne pulak procedure bg pasagan lelaki yang tinggal di johor dan perempuan tinggal di N9.nikah akan di buat di N.9.mohon pemcerahan.tq

Unknown said...

Assalamualaikum..bole saya tahu..saksi borg permhnn tu org yg sama dgn saksi nikah ke..kalo saudara mara laki bole kn kecuali adik beradik, kalo utk saksi perempuan

Unknown said...

Assalamualaikum sis saya harap sis balas.. Saye asl kl tapi saye menetap dijhor hmpir 5 thun.. Dan bln 7 ni akn brkhwin ngan orng phang jdi prosedur saye same mcm sis ke.. Saye agak keliru mohon penjelasan terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum sis saya harap sis balas.. Saye asl kl tapi saye menetap dijhor hmpir 5 thun.. Dan bln 7 ni akn brkhwin ngan orng phang jdi prosedur saye same mcm sis ke.. Saye agak keliru mohon penjelasan terima kasih

Unknown said...

CIK AZ SY nk bertanya? sekiranya saya ingin menikah pada tarik 28.10.2017 ..katakanla saya isi online awal bulan 7 so maknanya sy belum boleh SUBMIT hantar permohonan nikah secara online ,sy kena tunggu genap awal 3 bulan sebelum tarikh nikah so kt sini sy kne SUBMIT AWAL BULAN 8 mcmtu ke?BORANG TEST HIV TU HANYA BOLEH print selepas kita SUBMIT BORANG PERMOHONAN NIKAH KITA SECARA ONLINE KE??? kalau tak submit lagi xblh print ka???? surat akuan bujang lelaki boleh ambil awal ke? atau kne kne tggu permohonan selesai.. tq

Khalizah Rahmat said...

Hi Cik Az! macam mana nak print borang HIV test johor ni.. Pening carik tak jumpe. Atau kena submit permohonan nikah dulu baru boleh print borang HIV?

Thanks for your reply :)

Unknown said...

Rasanya perlu penambahbaikan dalam sistem pendaftaran permohonan pernikahan Johor ni supaya maklumat proses yg lengkap dan tidak mengelirukan.. SOP atau manual yang yang dinyatakan tidak begitu jelas sebab penggunaan ayat tidak lengkap, tu ramai yang keliru..

Hafis said...

Nak taye saksi borang perlu ke Ada masa nikah Tu??

Unknown said...

ye perlu

Post a Comment