Monday, August 3, 2015

Very The First Post!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tercapai hasrat Cik Az untuk berblogging semula. Very the first post dalam blog baru ni! Yeeeehaaa~

Untuk pengetahuan readers sekalian, Cik Az sebenarnya adalah bekas blogger yang aktif dari tahun 2009-2012. Cik Az amik keputusan untuk menutup blog lama tu atas sebab-sebab tertentu + tiada masa untuk memberi komitmen pada blog lagi.. Tapi disebabkan darah blogger tu masih mengalir dalam badan ni, makanya Cik Az rasa nak aktif semula blogging tapi mestilah dengan gaya yang lebih matang. Kalau dulu blog Cik Az lebih kepada perkongsian kisah hidup peribadi sewaktu zaman muda remaja di sekolah dan universiti, tapi untuk blog baru ni Cik Az nak berkongsi kisah dan petua dalam persediaan kehidupan berumah tangga. HAHAHA

Tercetusnya idea ni sebab sekarang ni Cik Az ada lebih kurang sebulan setengah lagi je akan bertukar status dari bujang ke bukan bujang. So, banyak la google pasal persediaan kahwin ni dari nak bertunang, idea gubahan hantaran, sampai la ke pendaftaran perkahwinan. Sebenarnya part yang paling leceh ialah pendaftaran perkahwinan tu sebab nak cari blog yang updated tahun 2015 memang la susah.. Cik Az harap dengan adanya perkongsian ni dapat la membantu serba sedikit persediaan baka pengantin di luar sana ye!

Panjang sangat dah cakap ni. Akhir kata, jangan lupa bookmark URL link blog Cik Az ni okehhhhh!! :)

0 comments:

Post a Comment