Monday, August 17, 2015

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Selangor 2015 (NCR)

Assalamualaikum..

Okay koranggggg website JAIS dah elok pun lepas seminggu lebih down habis teruk! Harini boleh la Cik Az sharekan prosedur dari pihak lelaki pulak yang asal dari Selangor. Bagi Cik Az, negeri Selangor prosedurnya lebih simple.

STEP 1: Daftar masuk website NCR JAIS kat sini.
Settled daftar boleh je terus login guna IC dan password yang dah korang daftarkan tadi. Tak macam e-NCR negeri Johor yang Cik Az tunjukkan di post sebelum ni, untuk negeri Selangor lepas daftar akan automatik terus akaun korang aktif dah tak payah susah nak call pejabat agama daerah korang lagi.

STEP 2: Isi borang maklumat.
Tengok kat bulatan warna merah tu, memula korang kena isi Borang 2A tu. Kalau salah isi pun jangan risau, boleh edit je semula. Kat bawah ni ialah rupa Borang 2A yang korang kena isi kemudian printkan.
Apa yang perlu korang bawak bersama Borang 2A ni untuk dihantar ke pejabat agama daerah?
1. Fotostet IC pemohon
2. Fotostet IC 2 orang saksi borang permohonan ni
3. Fotostet & original sijil kursus pra-perkahwinan
4. Original HIV test
5. Bawak sekali 2 orang saksi borang ni ye. Mestilah LELAKI & dalam kalangan ahli keluarga pun takde masalah.

Tak payah surat akuan bujang segala bagai dah sekarang ni untuk lelaki Selangor. Senang kan? :)
Kemudian, jumpa la korang sorang ustaz yang akan sign borang ni. Once dah approved, Borang 3B iaitu borang kebenaran nikah di luar kawasan (rujuk semula gambar kat atas) akan terus diprint out serta merta untuk korang. Cuma untuk kes tunang Cik Az, die datang dah lewat petang almost pukul 5, so borang tak dapat terus diprint katanya sebab system down. Terpaksa la esoknya datang amik.

Itu je yang dapat Cik Az sharekan setakat ni untuk prosedur permohonan nikah negeri Johor & Selangor, kalau ada pape soalan boleh la tinggalkan komen korang ekk.. :)

1 comments:

Unknown said...

Assalam...page mana nk cari botang untuk ujian hiv

Post a Comment