Sunday, September 6, 2015

DIY Goodies Bag : Kekurangan Brown Paper Bag & Rubber Stamp Cop

Assalamualaikum..

12 hari lagi menuju ke hari pernikahan Cik Az, kepala pun makin pening nak uruskan itu ini. Hahaaa.. Sebenarnya ni Cik Az baru je selesai siapkan cop goodies bag sebanyak 2500 bag. Fuhhhh penatnye mak aihhh..

Untuk goodies bag, Cik Az gunakan brown paper bag & cop rubber stamp di bahagian hadapannya. Disebabkan itu la Cik Az nak share kekurangan gunakan bahan ni untuk goodies bag, especially dalam kuantiti yang banyak. Hopefully B2B yang lain takkan buat mistake macam yang Cik Az kena ni.. Hehe

1. Pilih saiz rubber stamp yang berpada-pada. Ini cuma pendapat Cik Az, sebab kalau pilih saiz yang kecil macam gambar kat bawah ni Cik Az guna untuk cop kat kad kahwin, masih ok & senang.
 Tapi kalau pilih saiz yang besar macam untuk goodies bag ni 5 x 10, adalah sangat PENAT tangan nak mengecop okeh lagi la kalau kuantiti banyakk. Sebabnya bukan senang nak bagi ink tu dpt cop rata & cantik. Tengok je la hasil yg Cik Az buat ni jadi macam tak semenggah je. =_=
Dan bila BIL Cik Az tolong mengecop haritu, batang rubber stamp ni patah! Adohaiii memang lagi seksa laa nak mengecop. Huhuu..

2. Beli ink stamp pad sekali supaya senang tak kena berulang kali ke kedai. Kalau rasa nak cop tu kat lebih 500 helai kertas tak kira la kat sampul kad kahwin atau goodies bag, makesure beli sekali ink stamp pad. Sebab stamp pad baru pun inknya boleh guna untuk cop dlm 500 kali je. TAPI apa yang Cik Az experienced, lepas tambahkan ink kat stamp pad tu, hasil mengecop tu susah nak jadi cantik & sekata. Tak tau sebab apa. Huhuuu..

Okayyy tu je yang Cik Az nak share kali ni. Byeeeee ~

Thursday, August 20, 2015

Tutorial DIY Iron Diamond Appliqué Veil

Assalamualaikum..

Sape B2B yang suuuuukeeeeee sangat DIY angkat tangan!!! Me tooo!! Hehe.
Ok la, untuk harini Cik Az nak share tutorial DIY veil menggunakan diamond applique yang iron je. Untuk pengetahuan korang, veil ni akan Cik Az gunakan waktu majlis resepsi belah lelaki. Majlis belah lelaki agak simple, so veil Cik Az buat pun simple je la.

Bahan-bahan:
1. Shawl Halfmoon - RM10 (material chiffon paling sesuai, tapi ni Cik Az beli glitter chiffon crepe)
2. Diamond applique - RM 30/pc (ada macam2 design tapi Cik Az pilih yang ni simple and murah)
3. Iron

STEP 1: Susunkan diamond applique ni kat bahagian tengah atas shawl macam ni.


STEP 2: Secara hati-hati dan perlahan, korang terbalikkan ke belah belakang shawl untuk digosok macam ni. Tak payah nak alas kain lain ke bagai waktu gosok ni. Senang kan?

STEP 3: Last sekali boleh la korang guntingkan lebihan kain bentuk V kat bahagian atas diamond applique ni supaya nampak jadi bentuk crown. Hehe..

Siap! Cik Az ada tambahkan beads untuk memeriahkan lagi veil ni tapi tak boleh la upload sini dulu tak surprise la kan? Hihiii..

Cik Az beli diamond applique yang super gorgeous and murah ni online je kat LBRS . Beads pun Cik Az beli kat sini boleh la korang pergi usha-usha okayyy~

Monday, August 17, 2015

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Selangor 2015 (NCR)

Assalamualaikum..

Okay koranggggg website JAIS dah elok pun lepas seminggu lebih down habis teruk! Harini boleh la Cik Az sharekan prosedur dari pihak lelaki pulak yang asal dari Selangor. Bagi Cik Az, negeri Selangor prosedurnya lebih simple.

STEP 1: Daftar masuk website NCR JAIS kat sini.
Settled daftar boleh je terus login guna IC dan password yang dah korang daftarkan tadi. Tak macam e-NCR negeri Johor yang Cik Az tunjukkan di post sebelum ni, untuk negeri Selangor lepas daftar akan automatik terus akaun korang aktif dah tak payah susah nak call pejabat agama daerah korang lagi.

STEP 2: Isi borang maklumat.
Tengok kat bulatan warna merah tu, memula korang kena isi Borang 2A tu. Kalau salah isi pun jangan risau, boleh edit je semula. Kat bawah ni ialah rupa Borang 2A yang korang kena isi kemudian printkan.
Apa yang perlu korang bawak bersama Borang 2A ni untuk dihantar ke pejabat agama daerah?
1. Fotostet IC pemohon
2. Fotostet IC 2 orang saksi borang permohonan ni
3. Fotostet & original sijil kursus pra-perkahwinan
4. Original HIV test
5. Bawak sekali 2 orang saksi borang ni ye. Mestilah LELAKI & dalam kalangan ahli keluarga pun takde masalah.

Tak payah surat akuan bujang segala bagai dah sekarang ni untuk lelaki Selangor. Senang kan? :)
Kemudian, jumpa la korang sorang ustaz yang akan sign borang ni. Once dah approved, Borang 3B iaitu borang kebenaran nikah di luar kawasan (rujuk semula gambar kat atas) akan terus diprint out serta merta untuk korang. Cuma untuk kes tunang Cik Az, die datang dah lewat petang almost pukul 5, so borang tak dapat terus diprint katanya sebab system down. Terpaksa la esoknya datang amik.

Itu je yang dapat Cik Az sharekan setakat ni untuk prosedur permohonan nikah negeri Johor & Selangor, kalau ada pape soalan boleh la tinggalkan komen korang ekk.. :)

Monday, August 10, 2015

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Johor 2015 Online (e-NCR)

Assalamualaikum..
Post ni khas untuk B2B perempuan yang berasal dari Johor dan nak menikah di Johor, manakala pasangannya G2B lelaki berasal dari Selangor ye. Semuanya berdasarkan pengalaman Cik Az sendiri dan mungkin lain orang lain pengalamannya.

Sepatutnya Cik Az nak share prosedur dari sebelah lelaki dulu sebab sebelum perempuan hantar borang ke pejabat agama, dokumen lelaki kena settlekan dulu ye. Tapi website NCR JAIS tak boleh nak bukak dari minggu lepas so tak dapat la Cik Az nak tunjukkan secara details. Nasib baik la tunang Cik Az dah settlekan dokumen dia dari minggu sebelum tu. Heuheu ~ Websitenya boleh klik di sini.

STEP 1: Pergi ke website e-NCR Johor di sini. Daftar sebagai pengguna. Seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah dah boleh start daftar tau.
Lepas dah daftar tu, korang boleh la call pejabat agama daerah masing-masing untuk aktifkan akaun korang ye. Jangan risau, nombor telefon ada dibagi sekali. Dalam 5 minit macam tu diorang akan aktifkan.

STEP 2: Lepas dah aktif, boleh la login semula masukkan ID dan password.

STEP 3: Kemaskini maklumat peribadi dan wali (sebelah kiri atas sekali).
Dah lengkap isi semua boleh la klik pada 'KEMASKINI' di sebelah kanan atas.

STEP 4: Lengkapkan maklumat permohonan nikah (klik pada Nikah - Permohonan Kebenaran Nikah Perempuan).
Yang bulatan merah tu semua korang perlu lengkapkan. Kolum 'WAKALAH WALI' tu boleh la korang ignore je kalau yang jadi wali ialah bapa kandung sendiri.
In case kalau kes korang macam Cik Az (lelaki bukan orang Johor), so bahagian 'NO. PENDAFTARAN ENCR' kat bulatan merah tu boleh ignore je ye. Jangan jadi macam Cik Az yang beriye suruh tunang cepat-cepat settlekan dokumen dia supaya Cik Az boleh masukkan no. rujukan kat sini. Tapi rupa-rupanya tak payah pun. =_=

Kemudian, boleh klik 'HANTAR PERMOHONAN' kat belah kanan atas tu. Dah klik hantar baru la akan keluar bahagian 'DOKUMEN' kat kolum akhir sekali dalam bulatan merah tu.

STEP 5: Semak status permohonan (klik kat bahagian 'NIKAH' macam STEP 4 tadi).
Untuk status permohonan tu, kalau belum hantar borang ke pejabat agama statusnya ialah 'SEMAKAN DAERAH'. Tapi yang gambar kat atas ni sebab Cik Az dah hantar borang kat pejabat agama so statusnya dah tukar kepada 'KEBENARAN PENDAFTAR NCR DAERAH'. Korang boleh terus klik pada 'NO. RUJUKAN' yang warna biru belah kiri tu untuk step seterusnya iaitu print.

STEP 6: Cetak dokumen.
Bulatan merah tu dokumen yang wajib korang cetak kalau kahwin dengan orang Malaysia dan menggunakan wali nasab. Mudahnya sekarang ni ialah BORANG HIV TEST pun dah boleh cetak online! Kalau dulu last tahun 2013 kakak Cik Az kahwin, borang ni kena amik sendiri kat pejabat agama okeh. So sekarang dah boleh cetak sendiri tak payah berulang nak ke pejabat tu bukannya dekat atau ada masa sangat kan!

STEP 7: Senarai semak dokumen.
Sebelum nak hantar borang ke pejabat agama tu, sila la semak betul-betul kat sini sama ada dah complete atau tak semua yang Cik Az tandakan warna merah kat atas ni. Untuk no. 7 surat akuan bujang tu, walaupun Cik Az bekerja tapi Cik Az mintak kat Ketua Kampung je sebab rumah beliau sejengkal je jauhnya. Hihiii.. Kalau mintak kat majikan nanti dia banyak tanya sangat. :p

STEP 8: Hantar dokumen ke pejabat agama daerah (dalam masa sebulan selepas hantar permohonan nikah online, kalau tak nanti automatik dikira batal).

Make sure korang susun dokumen ikut senarai semak kat atas tu la supaya tak pening staff yang nak uruskan tu. Jangan lupa jugak dokumen no. 15 tu kalau tak ada nanti tak boleh kahwin! Haha.. Extra notes, paling lewat boleh hantar dokumen ni ialah 2 minggu sebelum majlis nikah.

STEP 9: Temuduga kahwin (orang Johor jeee yang kena nii).
Part yang ni Cik Az rasa boleh skip kot. Bukan apa, maybe rezeki Cik Az haritu sebab tak ada sesi temuduga kahwin pun. Aiippp!! Mana ada guna cable.. Ada sorang sister yang datang sebelum Cik Az pun sama tak payah temuduga tau. Yang excitednya dia siap jerit "YESSSS!!" bergegar satu ofis tu. Hihiii.. Malas nak tanya banyak kenapa tak ada temuduga. :p

Tapi persediaan tetap Cik Az buat tau. Boleh la korang buat revision sikit perkara berkaitan fardhu ain. Tak susah mana pun, yang Cik Az tengok kat borang temuduga tu ada 5 perkara yang dievaluate waktu temuduga. Korang boleh klik di sini untuk download dokumen fardhu ain ni format PDF.

STEP 10: Bayaran RM25 (takde GST rasanya). Lepas bayar, staff explain untuk SMS kat imam yang bakal nikahkan tu nama, tarikh, masa dan tempat pernikahan nanti. Kira nak notify imam tu la.. Sijil nikah yang belum diisi pulak staff tu akan serahkan pada imam tu. Nanti hari pernikahan la baru imam tu akan bagi kedua pengantin untuk diisi.

STEP 11: Tertib! Hahaaaaa... ape lagiiii tunggu je la hari nak menikah tuuuu~

Monday, August 3, 2015

Very The First Post!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tercapai hasrat Cik Az untuk berblogging semula. Very the first post dalam blog baru ni! Yeeeehaaa~

Untuk pengetahuan readers sekalian, Cik Az sebenarnya adalah bekas blogger yang aktif dari tahun 2009-2012. Cik Az amik keputusan untuk menutup blog lama tu atas sebab-sebab tertentu + tiada masa untuk memberi komitmen pada blog lagi.. Tapi disebabkan darah blogger tu masih mengalir dalam badan ni, makanya Cik Az rasa nak aktif semula blogging tapi mestilah dengan gaya yang lebih matang. Kalau dulu blog Cik Az lebih kepada perkongsian kisah hidup peribadi sewaktu zaman muda remaja di sekolah dan universiti, tapi untuk blog baru ni Cik Az nak berkongsi kisah dan petua dalam persediaan kehidupan berumah tangga. HAHAHA

Tercetusnya idea ni sebab sekarang ni Cik Az ada lebih kurang sebulan setengah lagi je akan bertukar status dari bujang ke bukan bujang. So, banyak la google pasal persediaan kahwin ni dari nak bertunang, idea gubahan hantaran, sampai la ke pendaftaran perkahwinan. Sebenarnya part yang paling leceh ialah pendaftaran perkahwinan tu sebab nak cari blog yang updated tahun 2015 memang la susah.. Cik Az harap dengan adanya perkongsian ni dapat la membantu serba sedikit persediaan baka pengantin di luar sana ye!

Panjang sangat dah cakap ni. Akhir kata, jangan lupa bookmark URL link blog Cik Az ni okehhhhh!! :)