Thursday, August 20, 2015

Tutorial DIY Iron Diamond Appliqué Veil

Assalamualaikum..

Sape B2B yang suuuuukeeeeee sangat DIY angkat tangan!!! Me tooo!! Hehe.
Ok la, untuk harini Cik Az nak share tutorial DIY veil menggunakan diamond applique yang iron je. Untuk pengetahuan korang, veil ni akan Cik Az gunakan waktu majlis resepsi belah lelaki. Majlis belah lelaki agak simple, so veil Cik Az buat pun simple je la.

Bahan-bahan:
1. Shawl Halfmoon - RM10 (material chiffon paling sesuai, tapi ni Cik Az beli glitter chiffon crepe)
2. Diamond applique - RM 30/pc (ada macam2 design tapi Cik Az pilih yang ni simple and murah)
3. Iron

STEP 1: Susunkan diamond applique ni kat bahagian tengah atas shawl macam ni.


STEP 2: Secara hati-hati dan perlahan, korang terbalikkan ke belah belakang shawl untuk digosok macam ni. Tak payah nak alas kain lain ke bagai waktu gosok ni. Senang kan?

STEP 3: Last sekali boleh la korang guntingkan lebihan kain bentuk V kat bahagian atas diamond applique ni supaya nampak jadi bentuk crown. Hehe..

Siap! Cik Az ada tambahkan beads untuk memeriahkan lagi veil ni tapi tak boleh la upload sini dulu tak surprise la kan? Hihiii..

Cik Az beli diamond applique yang super gorgeous and murah ni online je kat LBRS . Beads pun Cik Az beli kat sini boleh la korang pergi usha-usha okayyy~

3 comments:

Iola said...

Hihihi saya pun ada bli juga dari lbrs. Murah dan cantik. Tengah belajar dari bloh cik az nak diy ni. Thankss

Cik Az said...

@ Iola : Best kann beli kat LBRS..hehe.. thanks jugak sudi guna tutorial dari Cik Az :)

Unknown said...

Salam cik az.. Sy nak tanya step 3 tu lepas gunting lebihan tu... Biarkan je ke.. Xberbulu ke... Cik az buat macam mana yr part tu?

Post a Comment