Monday, January 11, 2016

Sijil Nikah Original Negeri Johor

Assalamualaikum...

Tung tang tung tang, dah dekat 4 bulan rupanya Cik Az mendirikan masjid. Alhamdulillah. Selama tu jugak la blog ni sunyi sepi kan. Hihiii.. Okayy untuk entri kali ni Cik Az nak ceritakan pasal sijil nikah original untuk negeri Johor sebab Cik Az nikah kat Johor kan. 

Untuk makluman B2B, sejurus lepas korang selesai nikah, Tok Kadi akan bagi sekeping sijil nikah SEMENTARA berwarna PINK untuk simpanan korang. Mesti Tok Kadi tu akan pesan "Simpan sijil ni baik-baik, nak pergi mana pun mesti bawak kalau tak kang tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak." Kehkehkeh.. Macam Cik Az buat, fotostet je sijil tu so blh bawak sijil fotostet tu ke mana pun lipat simpan dalam wallet je. Almaklumlah kite ni jenis cuai, kang bawak yang original hilang entah ke mana pulak. Kebiasaannya lepas sebulan dari tarikh nikah baru la sijil nikah ORIGINAL akan keluar dan korang boleh amik kat pejabat agama daerah yang korang daftar nak nikah haritu. Jangan pulak dah syok happy lepas nikah dah tak amik tau pasal benda ni pulak tau. Sijil ni ada 2 salinan, satu warna PINK dan satu lagi warna BIRU.

Nak tengok sijil nikah original Cik Az tak? Jeng jeng jengggggg.....


Bersama sijil nikah original ni, korang akan diberikan borang permohonan Kad Nikah Pintar. Elok la sekiranya korang bawak sekali gambar pasport suami dan isteri kalau nak apply kad ni. Takde la korang ke mana-mana kene bawak je sijil nikah gedabak ni kan? TETAPI jangan lupa, gambar pasport lelaki / suami tu mestilah memakai songkok hitam, manakala yang perempuan wajiblah pakai tudung ye.. Bayarannya pulak sebanyak RM40. (Cik Az tak apply pun lagi..hihiii).

Next entri Cik Az nak cerita pasal permohonan bantuan perkahwinan bagi negeri Selangor pulak ye sebab suami Cik Az orang Selangor. Ok dahhhh....

20 comments:

there.she.goes said...

Assalamualaikum cik Az..nak clarify lagi, means after nikah tu kita tak perlu rushing untuk ke pejabat agama kan? Sebulan lepas tu baru ke pejabat agama untuk ambil sijil original? begitu ke? Mekasih..:)

Cik Az said...

@ there.she.goes : Waalaikummussalam. Ya, tak perlu rushing ke pejabat agama pun. Biasanya lepas nikah memang kadi ada bagitahu sijil nikah original boleh diambil kat pejabat agama sebulan lepas tarikh nikah.

Mohd Hafizd said...

kene pakai songkok ke?

Cik Az said...

@ Mohd Hafizd : Ya. Kena pakai songkok.

Siti Zalina said...

Salam Cik Az,
Nak tanya. nak ambil sijil nikah original kedua2 suami isteri kene dtg ke atau slah satu atau wakil. TQ in advance

Cik Az said...

@ Siti Zalina : Waalaikummussalam.. Untuk kes saya, saya mintak tolong mak saya je yang ambilkan tanpa ada saya ataupun suami sekali datang kat pejabat sebab masa tu urgent sangat nak guna dan kami ada di Selangor. So rasanya takde masalah kot kalau wakil yang ambilkan..

Unknown said...

assalamuallaikum Cik Az, nak tanya .. 3 july saya baru lepas nikah then saya nak minta cepat untuk proses sijil original pasal saya nak extand pasport and buat visa...masalah saya punya cop pasport last 8 agustus...

Cik Az said...

@ Norfarys Syah : Waalaikummussalam. Kalau ikut kata tok kadi, sebulan dari tarikh nikah dah boleh ke pejabat agama untuk ambil sijil nikah original. Tapi kalau anda nak cepat, mungkin boleh cuba bagitahu staff di pejabat agama berkenaan situasi anda. Atas budi bicara mereka insyaAllah sijil original boleh diambil cepat. Prosesnya lambat kalau pendaftar nikah sibuk & tak sign sijilnya, itu saje..

❤❤❤Princess Idoraa❤❤❤ said...

assalam..kalau time nk apply kad,,suami kena ikut x?..or boleh pergi sorg je..

Anonymous said...

Assalam. Nak tanya. Masa ambil sijil ori tu, sijil sementara tu kena bawa sekali ke? Lepas nikah tak perlu ke pejabat kadi utk permohonan sijil nikah kan? Cuma tunggu je? Mcm tu ke?

there.she.goes said...

Terima kasih cik az.. Alhamdulillah sy dah selamat bergelar Puan. Blog awk sangat membantu dalam proses nikah sy. Jazakillahukhairankathiran. Semoga berbahagia bersama family! 😊

Unknown said...

Boleh tak nak ambil kad nikah di johor..Tapi nikah di serawak...

Unknown said...

Salam...Kad pintar nikah tu hrga rm40 satu kad atau dua kad ye??? Maknanya suami isteri ada..then,kad pintar nikah tu buat dkt mne ye??

Unknown said...

salm,nak amik sijil nikah tu kena bayar brape ye

Unknown said...

Assalamualaikum cik . Cik nak tanya . ?saya pegang sijil sementara ni da setahun . Saya nikah d johor . Lpas nikah tu saya balik kg (labuan) . Saya stay sni da setahun tpi tk ambil lgi sijil nikah ori tuu d sebabkan saya da bekerja kat sni.tapi skrg ni isteri saya da melahirkan . Dan saya nak urus sijil kelahiran anak saya . Tapi pihak jpn nak tngok sijil nikah ori tu . Pertanyaan saya resit sementara sya pegang ni boleh lgi pakai . Bole lagi ke ambil sijil nikah ori tuu . . Sbb urgent sngad . Nak buat sijil kelahiran anak saya msti ad yg ori . Kalo resit sementara dorng tk pakai ..

Unknown said...

Pihak jpn suruh buat pengesahan kat jawi labuan ni . Tapi pihak jawi labuan ni ckp bila tarikh luput resit sementara saya pegang nii . Dorang pun tak dpt nak pengesahan ke atas borang saya nii . Disebabkan saya pegang sijil nikah sementara nii . Saya risau cik sbb tkut anak saya daftar lewat .. boleh bagi cadangan ke cik

taufiq said...

Cik Unknown..kes saya macam kes cik..tapi jpn kedah benarkan saya buat dulu surat kelahiran..cuma surat kelahiran kena hold sampai kita bawa surat nikah original..baru jpn release surat kelahiran..tiada isu lambat register..tapi tak ada pilihan lain kena pergi johor ambil surat nikah atau wakilkan saudara yang berada di johor..

Johnfarr said...

Nikah kat johor .. sekarang settle kat kelantan... kalau sijjl nikah hilang nak kena pergi johor ker?... ke boleh buat kat jab agama negeri kita tinggal

SwaxBeatz MY™ said...

Saya nikah kt kota tinggi .. sekarang saya di Bandar JB .. Nak pergi sana bnyk halangan sejak musim covid ni .. boleh ke saya mintk sijil ke Daerah JB??

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya, kalau sijil nikah sementara yg berwarna pink hilang, macam mana nak renew yang baru ya? Sebab saya nak amik sijil nilah yg original dan kad nikah, tetapi sijil nikah sementara saya dan pasangan hilang. Macam mana ya?

Post a Comment