Wednesday, March 9, 2016

Permohonan Bantuan Perkahwinan / Insentif Perkahwinan Belia Negeri Selangor 2016

Assalamualaikum...

Maafkan Cik Az yang dah janji nak tulis entri pasal bantuan perkahwinan Selangor tapi dah sebulaaaannnn lebih lamanyaaaa baru ada kesempatan nak menaip entri ni. Sebagaimana yang korang sedia maklum, Cik Az berasal dari Johor manakala suami berasal dari Selangor. So, secara automatiknya suami Cik Az layak untuk memohon bantuan perkahwinan negeri Selangor ni atau nama officialnya Insentif Perkahwinan Belia. Sebanyak RM500 seorang akan diberikan. Kalau dua-dua suami isteri memang berasal dari Selangor maknanya dapat la RM 1000. Hihiii..

Kat sini Cik Az listkan sedikit info tentang SYARAT permohonan insentif ni ye.

1. Terbuka kepada semua kaum.
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013. 
9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam).


Dah faham syarat kat atas? Ni pulak Cik Az sharekan step by step cara nak mohon.

STEP 1: Permohonan mesti dibuat online dulu ye. Boleh terus ke website SINI. Kat sebelah atas klik pada PERMOHONAN & sila la klik pada kotak setuju dengan syarat yang dikemukakan.

Kemudian, sila la isi borangnya. Cik Az minta maaf sebab tak dapat nak screenshot rupa bentuk borang tu sebab waktu taip entri  ni Cik Az tak dapat access penuh ke website ni. InsyaAllah kalau dapat access nanti Cik Az update kat sini hokeyyy~

STEP 2: Cetak borang yang dah diisi online tu.

STEP 3: Bawa senarai DOKUMEN yang diperlukan iaitu

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. 

STEP 4: Hantar borang & dokumen tersebut ke pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri yang terletak di Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, boleh la korang direct ke website Merakyatkan Ekonomi Selangor .

Waktu suami Cik Az hantar borang ni dulu betul2 last day sebelum tamat tempoh 3 bulan dari tarikh nikah kami. Nasib baik rumah memang kat Shah Alam, so takde la jauh sangat nak hantar semua dokumen tu. Lepas dah hantar dokumen tu, ada la staff yang bagitahu duitnya ni bukan terus masuk. Tempoh proses & duit masuk ke akaun adalah SETAHUN. Masa dengar tu agak kelakar jugak la sebab rasa kemain lama lagi kan. Tapi dah prosedur macam tu kan nak buat macam mane.. Hihiii.. (dan sampai ke tarikh harini Cik Az post entri ni, duit tersebut masih belum dapat lagi) :p

Sekian saja dari Cik Az untuk kali ni, next entri cerita info pasal ape pulak? Tungguuuu....

UPDATE 13/06/2015: RM500 telah pun dikreditkan ke dalam akaun suami Cik Az, tapi tak pasti la bila entah kerajaan negeri masukkan. Rezeki.. alhamdulillah. Hihii..