Sunday, June 12, 2016

Cara Bayaran Tunggakan PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP 2016

Assalamualaikum semua..
Harini terbukak hati Cik Az nak share pada sesiapa yang tercari-cari cara atau prosedure untuk membayar tunggakan PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP / EPF anda. Al-kisahnya suami Cik Az dapat la surat cinta dari PTPTN suruh bayar tunggakan. Sebab apa? Pasal tak pernah bayar lagi dari lepas habis belajar dulu.. Hihii.. Prosedure yang Cik Az nak tunjukkan ni ialah yang terbaru ye untuk tahun 2016 mengikut pengalaman Cik Az sendiri semasa selesaikan urusan PTPTN suami ni. Nak tengok rupa surat tunggakan dari PTPTN?

STEP 1: Daftar i-Akaun KWSP
Untuk pengetahuan anda, i-Akaun KWSP ni ialah akaun online yang wajib korang kena ada sebelum buat semua prosedure ni. Sebabnya sekarang ni most of the agencies memang online based je untuk reduce penggunaan kertas. Mudah untuk mereka buat kerja, mudah juga untuk kita review segala benda pasal akaun KWSP kita tau!
Berbalik pada cara nak daftar i-Akaun KWSP ni, anda boleh la pergi ke mana-mana pejabat atau KIOSK KWSP. Kat situ korang boleh daftar guna mesin yang ada just bawak badan untuk cap jari dan kad pengenalan. Kemudian, korang boleh la pergi ke website www.kwsp.gov.my untuk pengaktifan i-Akaun yang dah didaftarkan kat KIOSK tu dalam masa 30 hari. Kalau pening jugak, boleh la refer pada video manual ni:

STEP 2: Pergi ke mana-mana kaunter PTPTN

Lepas dah ada i-Akaun KWSP tu, boleh la terus proceed ke kaunter atau pejabat PTPTN untuk berjumpa dengan staff PTPTN. Untuk kes suami Cik Az, kami pergi berurusan di kaunter PTPTN Giant Batu Caves. Bawa la sekali surat tunggakan tu mana la tau kot staff tu mintak ke kan. Kalau prosedure dulu peminjam dikehendaki bawa surat perjanjian PTPTN (kalau dah hilang kena bayar RM90 untuk dicetak semula..fuhhh!!) tapi sekarang semua tu dah tak payah sebab semuanya dah ada dalam sistem okehh.
Cerita la kat staff tu pasal nak buat bayaran tunggakan, nanti mesti staff tanya dulu ada i-Akaun KWSP ke tak, kalau ada senang la terus je dia proceed permohonan. Kemudian staff tanya lagi nak bayar berapa, anda boleh pilih nak bayar jumlah tunggakan je ataupun nak bayar lebih dari tu tak ada masalah. Dah selesai semuanya dokumen kat atas ni akan diberikan kepada anda. Staff PTPTN explain bagitahu dalam masa seminggu, KWSP akan hantar SMS menyatakan permohonan dah diproses, kita sebagai pemohon perlu ke pejabat KWSP berdekatan untuk hantar scroll habis belajar dulu tu. Lastly, staff akan serahkan dokumen Pengesahan Permohonan PengeluaranSekejap ajee staff PTPTN uruskan semua ni dalam 15 minit dah settle tau! 

STEP 3: Pergi ke mana-mana pejabar KWSP untuk hantar scroll
Disebabkan suami Cik Az tak ada masa nak ke pejabat KWSP waktu hari bekerja, so kami pun pergi ke pejabat KWSP di Johor waktu balik kampung haritu sebab diorang kan bukak hari Ahad. Senang sangat sebab boleh hantar scroll tu kat mana-mana pejabat cawangan KWSP walaupun di negeri lain. Perlu diingatkan selepas dapat SMS dari KWSP tu, pemohon perlu hantar scroll dalam masa 2 minggu je ye. Lepas serahkan dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran dan scroll sekali, staff KWSP akan mintak cap jari kiri kanan. Lepas tu dah settle! Tunggu je dapat surat dari KWSP menyatakan pembayaran dah dibuat pada pihak PTPTN okehhh!! Kat bawah ni rupa surat yang sampai kat rumah lepas settle urusan di pejabat KWSP.
Secara kesimpulannya, Cik Az memang nak puji la cara baru yang diguna pakai sekarang ni sebab semuanya online based, sangat la memudahkan. Dokumen yang diperlukan pun tak banyak dan tak perlu dah nak korek semula fail lama cari surat perjanjian PTPTN. Hihiii.. Untuk memudahkan korang, kat sini Cik Az ringkaskan dokumen apa yang perlu disediakan:
1. Fotostet dan original kad pengenalan
2. Surat tunggakan dari PTPTN
3. Dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran
4. Fotostet dan original scroll belajar

Harap dapat membantu korang semua ye! Ada apa soalan jangan segan silu untuk tanya Cik Az akan jawab insyaAllah.. Sekian.

Wednesday, March 9, 2016

Permohonan Bantuan Perkahwinan / Insentif Perkahwinan Belia Negeri Selangor 2016

Assalamualaikum...

Maafkan Cik Az yang dah janji nak tulis entri pasal bantuan perkahwinan Selangor tapi dah sebulaaaannnn lebih lamanyaaaa baru ada kesempatan nak menaip entri ni. Sebagaimana yang korang sedia maklum, Cik Az berasal dari Johor manakala suami berasal dari Selangor. So, secara automatiknya suami Cik Az layak untuk memohon bantuan perkahwinan negeri Selangor ni atau nama officialnya Insentif Perkahwinan Belia. Sebanyak RM500 seorang akan diberikan. Kalau dua-dua suami isteri memang berasal dari Selangor maknanya dapat la RM 1000. Hihiii..

Kat sini Cik Az listkan sedikit info tentang SYARAT permohonan insentif ni ye.

1. Terbuka kepada semua kaum.
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013. 
9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam).


Dah faham syarat kat atas? Ni pulak Cik Az sharekan step by step cara nak mohon.

STEP 1: Permohonan mesti dibuat online dulu ye. Boleh terus ke website SINI. Kat sebelah atas klik pada PERMOHONAN & sila la klik pada kotak setuju dengan syarat yang dikemukakan.

Kemudian, sila la isi borangnya. Cik Az minta maaf sebab tak dapat nak screenshot rupa bentuk borang tu sebab waktu taip entri  ni Cik Az tak dapat access penuh ke website ni. InsyaAllah kalau dapat access nanti Cik Az update kat sini hokeyyy~

STEP 2: Cetak borang yang dah diisi online tu.

STEP 3: Bawa senarai DOKUMEN yang diperlukan iaitu

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. 

STEP 4: Hantar borang & dokumen tersebut ke pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri yang terletak di Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, boleh la korang direct ke website Merakyatkan Ekonomi Selangor .

Waktu suami Cik Az hantar borang ni dulu betul2 last day sebelum tamat tempoh 3 bulan dari tarikh nikah kami. Nasib baik rumah memang kat Shah Alam, so takde la jauh sangat nak hantar semua dokumen tu. Lepas dah hantar dokumen tu, ada la staff yang bagitahu duitnya ni bukan terus masuk. Tempoh proses & duit masuk ke akaun adalah SETAHUN. Masa dengar tu agak kelakar jugak la sebab rasa kemain lama lagi kan. Tapi dah prosedur macam tu kan nak buat macam mane.. Hihiii.. (dan sampai ke tarikh harini Cik Az post entri ni, duit tersebut masih belum dapat lagi) :p

Sekian saja dari Cik Az untuk kali ni, next entri cerita info pasal ape pulak? Tungguuuu....

UPDATE 13/06/2015: RM500 telah pun dikreditkan ke dalam akaun suami Cik Az, tapi tak pasti la bila entah kerajaan negeri masukkan. Rezeki.. alhamdulillah. Hihii..

Monday, January 11, 2016

Sijil Nikah Original Negeri Johor

Assalamualaikum...

Tung tang tung tang, dah dekat 4 bulan rupanya Cik Az mendirikan masjid. Alhamdulillah. Selama tu jugak la blog ni sunyi sepi kan. Hihiii.. Okayy untuk entri kali ni Cik Az nak ceritakan pasal sijil nikah original untuk negeri Johor sebab Cik Az nikah kat Johor kan. 

Untuk makluman B2B, sejurus lepas korang selesai nikah, Tok Kadi akan bagi sekeping sijil nikah SEMENTARA berwarna PINK untuk simpanan korang. Mesti Tok Kadi tu akan pesan "Simpan sijil ni baik-baik, nak pergi mana pun mesti bawak kalau tak kang tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak." Kehkehkeh.. Macam Cik Az buat, fotostet je sijil tu so blh bawak sijil fotostet tu ke mana pun lipat simpan dalam wallet je. Almaklumlah kite ni jenis cuai, kang bawak yang original hilang entah ke mana pulak. Kebiasaannya lepas sebulan dari tarikh nikah baru la sijil nikah ORIGINAL akan keluar dan korang boleh amik kat pejabat agama daerah yang korang daftar nak nikah haritu. Jangan pulak dah syok happy lepas nikah dah tak amik tau pasal benda ni pulak tau. Sijil ni ada 2 salinan, satu warna PINK dan satu lagi warna BIRU.

Nak tengok sijil nikah original Cik Az tak? Jeng jeng jengggggg.....


Bersama sijil nikah original ni, korang akan diberikan borang permohonan Kad Nikah Pintar. Elok la sekiranya korang bawak sekali gambar pasport suami dan isteri kalau nak apply kad ni. Takde la korang ke mana-mana kene bawak je sijil nikah gedabak ni kan? TETAPI jangan lupa, gambar pasport lelaki / suami tu mestilah memakai songkok hitam, manakala yang perempuan wajiblah pakai tudung ye.. Bayarannya pulak sebanyak RM40. (Cik Az tak apply pun lagi..hihiii).

Next entri Cik Az nak cerita pasal permohonan bantuan perkahwinan bagi negeri Selangor pulak ye sebab suami Cik Az orang Selangor. Ok dahhhh....